fb fb fb fb fb

Agong zahir ucapan tahniah kepada JMR selepas tampil cemerlang

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Motorsport Racing (JMR) selepas mempamerkan aksi cemerlang dengan merangkul kemenangan pada perlumbaan kedua di pusingan Litar Antarabangsa Buriram, Thailand dalam siri GT World Challenge Asia.

Sultan Ibrahim bertitah kemenangan JMR meraih tempat pertama pada perlumbaan hari ini dan tempat kedua semalam; merupakan hadiah manis kepada baginda bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

"Tahniah saya (beta) ucapkan kepada anak saya Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan rakan sepasukannya, Ben Green atas kejayaan cemerlang.

"Bagi seorang lagi anak saya, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor jangan sedih atau berputus asa, teruskan perjuangan di pentas perlumbaan akan datang," demikian titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI