KUALA LUMPUR, 1 Jun- Pengorbanan dan kesiapsiagaan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disifatkan sebagai tunjang kepada keamanan serta kedaulatan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook mengucapkan penghargaan kepada agensi itu sempena sambutan Hari TUDM ke-67.
"Penghargaan kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah menunjukkan komitmen, keberanian dan kesetiaan dalam mempertahankan ruang udara negara.
"Teruskan legasi kecemerlangan, negara akan terus menghargai setiap titik peluh serta pengorbanan kalian. Dirgahayu TUDM Ke-67!," menurut hantaran itu.
Hari Ulang Tahun TUDM ke-67 mengangkat tema "Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara".