fb fb fb fb fb

Syed Saddiq diperintah untuk bela diri, hadapi empat pertuduhan

KUALA LUMPUR, 28 Oktober- Penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diperintah untuk bela diri terhadap empat pertuduhan dihadapinya membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kesemua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana tersebut.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya antara 8 dan 21 April 2018.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Mahkamah menetapkan penyandang kerusi Muar itu untuk membela diri pada Februari tahun depan.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu