fb fb fb fb fb

Tangki air pecah, 172 rumah terjejas

(Foto IPD Sepang)

SEPANG, 28 Oktober- Sebuah tangki air berketinggian 60 kaki di sebuah blok apartment di Taman Mas dilaporkan pecah sehingga mengakibatkan enam kenderaan rosak teruk.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata serpihan daripada tangki air pecah, telah jatuh dan menimpa kenderaan di bawah blok apartment terbabit.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sebaliknya hanya kerosakan harta benda.

"Mangsa terlibat diminta membuat laporan polis bagi tuntutan insurans,"katanya.

Semalam, tular di media sosial kejadian 'air terjun' akibat tangki air pecah di sebuah pangsapuri di taman berkenaan.

Video berdurasi hampir empat minit itu turut menunjukkan beberapa kenderaan yang diletakkan di perkarangan bangunan terkena curahan air deras dari tangki pecah itu.


(Foto IPD Sepang)

Media Baharu