PUTRAJAYA, 16 Februari- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memohon bantuan serta campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu penurunan kadar upah penghantar makanan sebuah syarikat p-hailing.
Menurut Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, kerajaan perlu membantu dan mengambil tindakan bagi memastikan kebajikan penghantar makanan terus terjaga.
"Mereka ini adalah pekerja-pekerja Malaysia dan saya merayu kerajaan ambil sedikit masa membantu mengatasi isu ini.
"Jadi saya minta kerajaan mengadakan perbincangan dengan mereka ini dan sekurang-kurangnya syarikat pun apa-apa perubahan yang ingin dilakukan, bincanglah dengan pekerja-pekerja terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Terdahulu, lebih 40 wakil penghantar makanan seluruh negara hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan, Dr Nor Fuad Abdul Hamid.
Antara tuntutan termasuklah mengembalikan kadar asas upah penunggang dan juga menambah baik pemulangan bayaran pembatalan pesanan yang melibatkan pesanan tunai