KUALA LUMPUR, 10 Februari - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyambut baik cadangan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berhubung penetapan gaji minima kepada RM1,500.
Pengerusi MTEM, Halim Husin menyatakan pihaknya menyokong penuh keputusan itu berikutan pembayaran gaji dan upah dalam negara masih rendah.
"Kerajaan juga perlu mempertimbang mekanisma untuk menambah baik gaji golongan pertengahan. Pihak kami bimbang peningkatan gaji minima tidak semestinya akan menstruktur gaji dan upah mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman tinggi," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau berharap cadangan gaji minima ini tidak ditunda terlalu lama kerana memberi kesan kepada orang ramai terutamanya golongan miskin dan B40.