fb fb fb fb fb

MPOF 2023 di Kenya, buka peluang kerjasama dan pelaburan

Foto FB Menteri

NAIROBI, 5 Julai- Keperluan Afrika mengimport produk sawit luar negara, membuka ruang kepada Malaysia meneroka peluang perniagaan dalam sektor minyak sawit di negara berkenaan.

Justeru, penganjuran Malaysia Palm Oil Forum-East African Region 2023 (MPOF 2023) di Nairobi, Kenya dilihat sebagai platform terbaik buat pemain industri negara mempamerkan perkhidmatan dan produk masing-masing.


(Foto FB Menteri)

"Mereka perlukan lebih ramai pakar untuk bersama-sama mereka. Jadi saya fikir kami boleh teroka lebih jauh lagi. Mungkin menyediakan perkhidmatan kami Afrika Timur ini.," kata Mohd Najib Ngadiran, Pengurus Besar FIMA Bulking Group.

"Kalau boleh kita mahu forum ini diadakan di kebanyakan negara lain supaya kita boleh masuk ke pasaran sana khusus di arena antarabangsa bukan sahaja di Kenya tetapi juga merata dunia," kata Zulkifli Othman, Ketua Bahagian Hiliran FGV Holdings.

"Daripada pihak MPOC, kami melihat potensi yang besar di Afrika. Mungkin bagi pelabur Malaysia boleh mempertimbangkan Afrika sebagai lokasi strategik yang seterusnya, bukan sahaja mengeksport minyak sawit Malaysia tetapi juga mempertimbangkan perkongsian bagi membuka ladang di negara ini," kata Belvinder Sron, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Palm Oil Council (MPOC).


(Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Palm Oil Council (MPOC), Belvinder Sron)

MPOF 2023 disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Media Baharu