fb fb fb fb fb

49 minit bergelut dengan "king cobra"

SIK, 5 Julai - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sik semalam menangkap seekor ular tedung selar sepanjang 16 kaki seberat 10 kilogram, di Kg Lubuk Tualang, di sini.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 6.00 petang.

Setibanya di lokasi, pasukan APM mendapati reptilia berbisa itu sedang bersembunyi di rusuk tiang titi di kampung berkenaan.

Menurut Pegawai APM Sik, Leftenan Haisul Aishah Mohd Napiah, pada awalnya pasukannya mengalami kesukaran untuk menangkap reptilia berkenaan.

"Namun 49 minit kemudian dengan tindakan pantas anggotanya, reptilia berkenaan berjaya dijerut menggunakan peralatan khas.

"Pengaruh cuaca yang panas mendorang reptilia berbahaya keluar dari tempat persembunyian dan mencari kawasan lebih redup dan sejuk untuk berteduh disamping senang untuk mendapat makanan," kata Haisul, di sini.

(FOTO APM Sik)

Beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di luar rumah dan peka dengan keadaan sekeliling.

Media Baharu