KUALA LUMPUR, 9 Mac- Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (MOTAC) MALAM TADI meraikan rakan media sebagai tanda penghargaan atas sokongan kepada MOTAC sepanjang tahun lalu.
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing meletakkan keyakinan tinggi kerjasama daripada rakan media mampu merancakkan beberapa program utama Tahun Melawat Malaysia 2026.
Hampir 1,000 pengamal media dirai pada Malam Penghargaan MOTAC itu.
Beliau berharap warga media akan terus bersama menjadi rakan strategik dalam menjayakan promosi program anjuran MOTAC sekali gus memartabatkan industri pelancongan Malaysia ke persada global
MOTAC yakin penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 dan beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Forum Pelancongan ASEAN 2025, Hari Pelancongan Dunia dan Persidangan Pelancongan Dunia 2025 akan memperoleh pencapaian lebih tinggi.