fb fb fb fb fb

MOTAC pergiat promosi menerusi kaedah pendigitalan

MELAKA, 8 Ogos- Kaedah pendigitalan terus dipergiat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam usaha mempromosi keunikan seni budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Karya yang telah di digitalkan juga disiarkan melalui platform media sosial sebagai serampang dua mata untuk menarik kehadiran pelancong serta menarik minat golongan muda mengasah bakat dalam kesenian.


(Timbalan Menteri MOTAC, Datuk Seri Santhara Kumar)

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar berkata, langkah dilaksana ini bertujuan memastikan seni budaya negara tidak hilang dalam arus kemodenan.

“Maka dengan adanya rakaman video dan juga sebagainya kita gunakan media sosial dan sebagainya saya yakin ramai anak muda mahupun di Melaka di pedalaman kita anggapkan mahupun di Negeri Sembilan dan Johor bila mereka melihat ini mereka pun kata saya ada bakat ada minat maka dia kena mulakan sesuatu lah, kadang-kadang dia ada bakat terpendam tapi dia pun tidak mengetahui sehingga dia mencuba," katanya ketika ditemui pada Festival Kota Selatan 2022 yang berlangsung di Bandaraya Melaka.

Malah beliau turut menggalakkan penganjuran pertandingan-pertandingan berbentuk kesenian yang turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mencungkil bakat mereka.

Festival itu mempersembahkan keunikan seni budaya menggabungkan 3 negeri Di Selatan Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Media Baharu