fb fb fb fb fb

661 motosikal diperiksa JPJ Perak dalam Ops Lejang

IPOH, 8 Ogos- Sebanyak 17 daripada keseluruhan 661 buah motosikal yang diperiksa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Ops Lejang, baru-baru ini dikenakan tindakan pelbagai kesalahan.

Menurut Timbalan Pengarah JPJ Perak, Ab Aziz Awang Teh, operasi selama lapan hari bermula 1 Ogos lalu sehingga 30 September itu, dijalankan di lebuh raya dan jalan-jalan persekutuan serta jalan negeri.


(Timbalan Pengarah JPJ Perak, Ab Aziz Awang Teh)

Katanya, sepanjang operasi itu beberapa kesalahan melibatkan pengubahsuaian motosikal yang tidak mengikut spesifikasi turut dikesan.

"Sejumlah 706 notis saman JPJ telah dikeluarkan dengan pelbagai kesalahan. Notis saman JPJ 22 mencatatkan jumlah notis tertinggi yang dikeluarkan iaitu sebanyak 312 notis, antara kesalahan tertinggi yang direkodkan adalah tiada lesen memandu 100 kesalahan, lesen kenderaan motor tamat tempoh 88 kesalahan dan tiada perlindungan insuran 71 kesalahan," katanya dalam sidang media Ops Lejang di JPJ Negeri Perak.

Dalam pada itu, JPJ Perak memberi peringatan tindakan tegas boleh dikenakan termasuk penyitaan motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu