fb fb fb fb fb

MOTAC cari pendekatan inovatif pacu industri pelancongan - King Sing

Menteri Pelancongan , Seni Dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing /Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 September -Malaysia merekodkan kedatangan 24.5 juta pelawat dari Januari hingga Julai tahun ini.

Ia meningkat 16.8 peratus berbanding 21.0 juta pelawat dalam tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pelancongan , Seni Dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, biarpun berdepan kekangan sumber dan cabaran peruntukan yang terhad, namun Kementerian berkenaan terus berusaha mencari pendekatan inovatif memastikan setiap program memberi impak kepada rakyat dan negara.

"Selaras dengan itu, YAB Perdana Menteri dengan visi yang penuh kebijaksanaan telah menegaskan bahawa kebudayaan bukan hanya untuk dilestarikan, tetapi boleh diperkasa sebagai sumber tarikan pelancongan yang berdaya saing dan enjin pertumbuhan ekonomi rakyat.

Pada Majlis Perasmian Pelancaran Buku “Ismail Zain Intermediations: Selected Writings On Art and Aesthetics" di Balai Seni Negara baru-baru ini, Perdana Menteri menegaskan kepentingan budaya dan seni untuk masa depan negara. Sehubungan itu, MOTAC giat mempromosi serta melaksanakan program yang memberi impak langsung kepada rakyat dan negara", katanya ketika berucap pada Majlis  Malam Gala Festival Budaya Malaysia 2025 di sini pada Sabtu.

Majlis itu turut dirasmikan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutan, Datuk Seri Zaleha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.

Festival Budaya Malaysia 2025 menampilkan lebih 68 aktiviti budaya merentasi enam zon utama, yang mempamerkan gabungan persembahan tradisional dan inovasi moden.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD