KUALA LUMPUR, 10 Mac- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang dalam proses meminda Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).
Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang di Dewan Negara di sini.
"Pada masa ini, kementerian sedang dalam proses meminda Akta 304 bagi memperkukuh infrastruktur perundangan berkaitan keselamatan, 'security' dan kawal gunaan bahan dan kemudahan nuklear
"Ini mengambil kira pembangunan teknologi nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik selaras dengan standard keselamatan, 'security' dan kawal gunaan yang dikeluarkan oleh IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa) serta amalan terbaik yang dilaksanakan oleh negara-negara anggota IAEA," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator, Datuk Nelson W Angang.