fb fb fb fb fb

MOSTI lancar MyStartup NXT

CYBERJAYA, 9 Mei- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Cradle Fund Sdn Bhd melancarkan siri jelajah persidangan mikro, MyStartup NXT.

Persidangan itu sasar untuk melahirkan lebih 5,000 syarikat pemula berkualiti menjelang 2030.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata persidangan mikro itu akan meningkatkan penglibatan syarikat pemula tempatan di seluruh Malaysia dan memberi akses yang lebih meluas untuk pertumbuhan syarikat.

"Kami melancarkan program jelajah dan kami akan ke negeri yang berbeza dan bukan fokus kepada Lembah Klang sahaja.

Kami buat di beberapa negeri untuk mempromosikan persidangan ini," kata Chang Lih Kang kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Tahunan Pertama Mystartup, di sini.

Negeri yang terlibat meliputi Selangor, Pulau Pinang dan Sabah.


(Menteri MOSTI, Chang Lih Kang ditemui pemberita di Cyberjaya hari ini)

Media Baharu