fb fb fb fb fb

MOSP rancakkan lagi bidang inovasi berteraskan penyelidikan

KUALA LUMPUR, 16 Mei- Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) dilancarkan dalam usaha menggalakkan perkongsian pintar antara ahli akademik dengan penggiat industri, sekali gus merancakkan lagi bidang inovasi berteraskan penyelidikan, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

"Menerusi inisiatif MOSTI (Kementerian Sains dan Teknologi) dan Akademi Sains Malaysia ini para akademik bukan sahaja di Malaysia, tetapi dari seluruh dunia juga boleh berkongsi untuk memfokuskan dalam penyelidikan mereka secara terbuka.

"Ia bukan sahaja telus tetapi pada masa sama kita membuat secara kolaboratif. Kerjasama ini diharap bukan sahaja menjimatkan masa disebabkan tidak ada duplikasi tapi ia lebih manfaat dan boleh mencepatkan lagi usaha kita membangunkan apa sahaja penyelesaiaan melalui sains," kata Fadillah selepas melancarkan MOSP di sini

Menerusi platform kolaborasi bersama Akademi Sains Malaysia, 10 bidang kajian diberi tumpuan termasuk Biologi, Sains Kimia dan Matematik, Fizik, Kejuruteraan, Agrikultur, Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi serta Kesihatan.

Orang ramai boleh mengunjungi platform berkenaan menerusi laman sesawang, mosp.gov.my.

(Datuk Seri Fadillah berkata MOSP rancakkan lagi bidang inovasi berteraskan penyelidikan) 

Media Baharu