(Datuk Dr Harlina ketika ditemui media di Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal
Malaysia dan Surat Penghargaan Kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital Rembau)
SEREMBAN. 16 Mei- Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan mengesahkan jangkitan COVID-19 di negeri itu dalam keadaan terkawal.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid catatan kes harian masih rendah dengan catatan kurang daripada lima kes.
"Kita kurang daripada lima kes satu hari dan pesakit yang di hospital juga memang kita rawat di beberapa hospital contohnya di Hospital Tunku Jaafar. Ada juga di Hospital Tampin dan juga di Hospital Jempol jadi penggunaan pesakit yang dirawat di ICU juga terkawal.
"Jadi dia memang ada katil yang masih boleh tempatkan pesakit yang dirawat di ICU. Hari ini pun tak ramai saya ingat dalam dua orang sahaja," kata Harlina ketika ditemui media di Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Surat Penghargaan Kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital Rembau di sini.
Tambahnya, tiada kes strok haba dicatatkan setakat ini di Negeri Sembilan.
(Datuk Dr Harlina catatan kes harian masih rendah dengan catatan kurang daripada lima kes)