fb fb fb fb fb

DUN Negeri Sembilan bubar hujung Jun ini - Aminuddin

FOTO BERNAMA

SEREMBAN, 16 Mei- Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada hujung Jun ini bagi memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya menerima pakai pendirian itu susulan pertemuan dalam mesyuarat bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri dari lima negeri lain yang juga berhadapan dengan PRU DUN.

"Untuk perkembangan pembubaran DUN, kita telah buat keputusan adalah ia tak sama hari, tak sama tarikh tetapi dalam bulan yang sama Insya-Allah. Ada yang mungkin awal bulan Jun, ada yang penghujung bulan Jun dan ada yang awal bulan Julai.

Kemungkinan. Pemikiran yang dibincang ketika itu, kita akan ambil hujung bulan Jun Insya-Allah. Mungkin 1 Julai itu hari terakhir," kata Aminuddin kepada pemberita usai menyempurnakan Majlis Pelancaran Nama Baharu Bagi Jalan Sikamat kepada Jalan Dato’ Syeikh Mohd Murtadza, di sini.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Nama
Baharu Bagi Jalan Sikamat kepada Jalan Dato’ Syeikh Mohd Murtadza)

Jelasnya, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) memenangi 20 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala baki dimenangi BN. 

Media Baharu