fb fb fb fb fb

Monsun Timur Laut: Pasukan Tindakan Bencana UMT siap-siaga

(FOTO RTM)

KUALA NERUS, 9 Oktober- Pasukan Tindakan Bencana Universiti Malaysia Terengganu, UMT siap sedia menghadapi musim tengkujuh saban tahun di pantai timur yang dijangka berlaku antara November tahun ini hingga Mac tahun depan.

Pasukan yang terdiri daripada pelajar dan warga universiti itu akan memberi tumpuan membantu penduduk terjejas banjir samada dalam dan luar negeri ini.

Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, Ini adalah sebahagian usaha pihaknya menabur bakti kepada masyarakat sebagai tanda keprihatinan.

Projek Tebatan Banjir dan Sistem Pencegahan Hakisan Pantai UMT yang sedang dalam proses perlaksanaan juga diharap dapat mengelakkan banjir berulang dikawasan sekitar.  

"Saya ingin maklumkan juga bahawa projek tebatan banjir sedang berlaku di UMT hasil daripada musibah yang teruk pada 2014.

"Setelah sejak itu kita mohon bantuan kerajaan Persekutuan agar peristiwa 2014 tidak berulang lagi, dan Alhamdulillah tahun ini peruntukan tersebut telah dapat.

"Projek berkenaan sedang berjalan. Kita berharap projek tebatan banjir tersebut akan dapat menyelamatkan harta benda Universiti dan para pelajar", katanya selepas ditemui RTM pada majlis Mendatangani ‘Letter of Intent’, (L.O.I) antara Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT dengan Perpustakaan Al Wathiqu Bilal Universiti Sultan Zainal Abidin di sini.


(Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar)

Media Baharu