fb fb fb fb fb

Mohd Zin Bidin terima penganugerahan Bintang Semangat Padi (Emas)

Foto Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 8 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah menyempurnakan Istiadat Penyerahan Suratcara Pelantikan Ketua Pengakap Negara Ke-7 dan Penganugerahan Bintang Semangat Padi (Emas).

Istiadat itu diberikan kepada Mejar Jeneral Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin di pejabat Perdana Menteri, pagi tadi.

Pelantikan itu adalah bagi mengetuai Persekutuan Pengakap Malaysia dilaksanakan selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 15 Disember lalu.

“Selaku Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia, saya titipkan pesan buat Mohd Zin, untuk menampilkan kepimpinan penuh teladan dan mengangkat tatakelola hatta integriti sepanjang menggalas amanah ini,” katanya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM