PUTRAJAYA, 31 Ogos- Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di sini.
Suara lantang Mohd Khairul melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali bergema di Dataran Putrajaya hari ini.
Bacaan ikrar itu turut disertai 66 pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur.
Sementara itu, pensyarah yang juga penyelaras dan jurulatih bagi bacaan ikrar pasukan IPG Kampus Ilmu Khas, Saiful Azam Khoo Abdullah berkata penampilan kali ketiga pasukan itu dalam acara penting negara ini dilihat sebagai satu penghormatan besar kepada institusi berkenaan.