fb fb fb fb fb

Mohamad Khaled mulakan tugas di Kementerian Pertahanan

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan tugasnya secara rasmi di Kementerian Pertahanan di ibu negara dan mengimbas mesin perakam waktu tepat pukul 8.40 pagi.

Mohamed Khaled tiba kira-kira pukul 8.30 pagi disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Abd Rahman; Pengurusan tertinggi serta warga Kementerian Pertahanan.

Sejurus itu, beliau menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Wisma Pertahanan.

Mohamed Khaled menghadiri mesyuarat tertutup oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

Terdahulu, beliau menerima nota serah tugas daripada bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohammad Hassan pada Rabu.

Sebelum ini beliau memegang portfolio Menteri Pendidikan Tinggi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI