fb fb fb fb fb

Mohamad Hasan bertemu PM Palestin, nyata sokongan berterusan

Foto RTM

NEW YORK, 23 September - Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dua hala bersama-sama Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UNGA), di sini.

Pertemuan selama 30 minit itu bagi memberikan sokongan berterusan terhadap perjuangan rakyat dan negara Palestin.

Dalam pertemuan itu, Malaysia dan Palestin bersetuju untuk menyelaraskan usaha bagi melaksanakan Resolusi Perhimpunan Agung baru-baru ini mengenai pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Palestin yang telah diluluskan pada 19 Julai 2024 menerusi Sesi Khas Kecemasan ke-10 pada 17 September lalu.

Malaysia sebelum ini mengalu-alukan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan keputusan ICJ bagi menamatkan pendudukan haram Israel ke atas Palestin.

Malaysia Malaysia bersama-sama 123 Negara Anggota PBB mengundi menyokong Resolusi bertajuk "Pendapat Nasihat ICJ berkaitan kesan perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin (OPT), termasuk Baitulmaqdis Timur serta ketidaksahan kehadiran berterusan Israel di OPT.

TETITIA YUSOFF