fb fb fb fb fb

"Moh La Weh" pembuka tirai PahangFM tahun 2022


MARAN, 6 Februari - Program "Moh La Weh" terbitan PahangFM menerima sambutan meriah daripada peminat setia radio itu serta penduduk setempat.

Menurut penerbit program yang juga penyampai radio PahangFM Nurul Ain Sujaihah Mohd, setelah lama menyepi berikutan penularan wabak COVID-19, Pahang FM kembali tampil dengan program menyantuni pendengar setia radio itu.

"Dan saya suka juga dengan penduduk Jengka ini yang gembira untuk memberi kerjasama. Apabila disuruh bersorak, mereka bersorak. Mereka yang hadir juga patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 seperti yang ditetapkan. Maknanya mereka tahu nak datang boleh tapi dengan syarat tertentu. Itu yang saya suka, saya cukup suka. Dan terima kasih kepada orang-orang Jengka yang terus menyokonh kami PahangFM," kata Nurul Ain di sini.

Katanya pelbagai pengisian menarik disusun antaranya, termasuklah penganjuran ceramah, Bicara Murabi yang menampilkan penceramah terkenal iaitu Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias dan Ustaz Yaakub Yusra.

Konsert Moh La Weh menampilkan persembahan artis terkenal tanah air seperti Mus, Tajul, Wany Hasrita, Ezad Lazim dan Sul Bahrin.

Dalam Ekspo Halal Malaysia yang berlangsung sejak 30 Januari lalu itu seramai 80 usahawan dihimpunkan dari seluruh Negara selain dimeriahkan dengan pertandingan memasak dan 'mini soccer'.

"Selama dua tahun mereka tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa kerana pandemik melanda. Dan kali ini kita adalah penganjuran ekspo halal selepas endemic. Selepas dua tahun kita tak bersiaran dan saya kira, ini merupakan salah satu platform terbaik membantu usahawan melonjakkan semula ekonomi mereka," kata Pengarah Projek Dan Pembangunan Usahawan Pengurusan Usahaniaga Industri Kecil Sederhana (IKS) Khairol Aswaz Kamaruddin.

Penganjuran karnival kali ke-4 itu turut mendapat kerjasama kerajaan negeri Pahang, Majlis Daerah Maran , Pejabat Tanah dan Daerah Maran, serta Majlis Belia Felda Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Pahang, Arifin Awang berkata, program Moh La Weh selepas ini akan diadakan secara berskala kecil di Jerantut pada minggu hadapan sempena Sambutan Hari Radio Sedunia , sebelum berkunjung ke Lipis pada bulan Mac nanti.

"Perancangan kita akan buat setiap daerah dengan satu program Moh La Weh yang mana program ni kita fokus bukan sahaja hiburan tetapi juga bantuan yang mana contohnya pada hari ini kita telah bergabung dengan persatuan IKS untuk membantu perniaga-perniaga kecil dalam menjual produk masing-masinglah," kata Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Arifin Awang.

 

Media Baharu