fb fb fb fb fb

JBPM Johor sedia hadapi peningkatan kebakaran terbuka

Johor Bahru, 6 Februari- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peningkatan kes kebakaran terbuka di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, antara daerah tumpuan ialah Muar dan Pontian yang mempunyai kawasan pertanian, selain tapak pelupusan sampah.

Jelas beliau, sejak awal tahun, JBPM Johor menerima purata 30 panggilan kecemasan sehari berkaitan kebakaran terbuka.

"Sejak 10 Januari hingga kini, JBPM Johor telah menerima 764 panggilan kebakaran terbuka, melibatkan daerah Muar, Pontian, Batu Pahat dan Kota Tinggi.

Musim panas, orang dah mula bersihkan semak dan kebun, kadang-kadang tanpa kawalan, ada yang bakar jadi orang lain nampak asap buat laporan dan kita pergi padam," katanya selepas merasmikan Perbarisan Tahunan JBPM Johor 2022 dan melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya serta penyerahan kenderaan utiliti jabatan di sini.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada pencari barang lusuh di kawasan tapak pelupusan sampah supaya tidak mencetus kebakaran seperti membuang puntung rokok.

Media Baharu