fb fb fb fb fb

Ismail Sabri, Keluarga Malaysia ucap takziah kepada keluarga Rayan

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili seluruh Keluarga Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Rayan Oram, kanak-kanak berusia lima tahun yang disahkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam perigi di utara Maghribi.

Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook, Instagram dan Twitter berkata, ia merupakan berita yang menyayat hati selepas kematian Rayan disahkan oleh Istana Diraja Maghribi.

"Semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana," katanya.

Sementara itu, ruangan komen pada catatan berkenaan turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada warga maya.

Rayan sebelum ini terperangkap selama lima hari sejak 1 Februari, selepas terjatuh ke dalam perigi kering sedalam 32 meter di kampungnya di Ighran yang terletak di kawasan berbukit Chefchaouen.

Bagaimanapun, Rayan menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas dia berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berdekatan.

Media Baharu