fb fb fb fb fb

Modal insan cemerlang usaha bersama semua pihak - Raja Muda Perlis





KANGAR, 15 Februari- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah semua pihak perlu bersama-sama tampil merancang tindakan yang efektif dalam melahirkan insan cemerlang dalam kalangan rakyat negeri ini.

Usaha bagi melahirkan modal insan cemerlang dan kompeten merupakan aspek yang amat penting terutamanya dalam kalangan remaja kerana mereka adalah tonggak kepimpinan pembangunan negara.

Dalam konteks ini, modal insan yang cemerlang memerlukan ciri-ciri murni iaitu berintelek, berakhlak mulia, kreatif dan kritis, sihat serta memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.

Demikian titah baginda ketika merasmikan projek peningkatan sosio ekonomi usahawan asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berupa perniagaan membalut kerusi semua jenis kenderaan di Naim Cushion Design, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin amat berharap agar seluruh rakyat akan terus berusaha, cekal dan tabah dalam mengharungi ketidaktentuan dunia hari ini akibat COVID-19 yang turut memberi kesan terhadap dunia pendidikan serta memastikan anak-anak bangsa tidak ketinggalan dalam memperolehi ilmu pengetahuan.

Media Baharu