fb fb fb fb fb

Inisiatif Perlis Pahdoi: RM60,000 disalurkan kepada 20 penerima golongan B40


BESERI, 15 Februari
- Sebanyak RM60,000 disalurkan Kerajaan negeri di bawah program Perlis Pahadoi bagi meningkatkan taraf sosioekonomi 20 penerima daripada golongan B40 sekitar Beseri bagi tempoh Januari hingga semalam.

Inisiatif Perlis Pahadoi menerusi pelbagai cabang perniagaan terutamanya menerusi polisi Perlis Bebas Niaga.

Bantuan yang disalurkan berupa pelbagai bentuk peralatan yang boleh digunakan untuk memula dan mengembangkan perniagaan.

Jumlah nilai barangan yang disalurkan kepada setiap penerima tidak melebihi nilai RM5,000.

Menurut Exco Perlis yang juga ADUN Beseri, Ruzaini Rais, inisiatif menyalurkan bantuan dalam bentuk barangan dilihat sebagai perancangan jangka panjang khususnya buat penerima sumbangan agar ekonomi sentiasa stabil dan pendapatan diperolehi berterusan tanpa mengharapkan bantuan semata-mata.

"Selain daripada mesin rumput dan mesin pemotong pokok ini, ada juga kita bagi alatan-alatan yang berkaitan untuk membuat kuih -muih macam bihun, mee dan mesin-mesin untuk mempercepatkan lagi proses pengeluaran produk –produk makanan tersebut," katanya.

Ruzaini ditemui pemberita ketika menyerahkan sumbangan Kerajaan negeri berupa peralatan memotong rumput dan menebang pokok kepada seorang penerima di Beseri .

Terdahulu, beliau turut menyerahkan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis kepada dua penerima yang merupakan mangsa ribut 4 Februari lalu.

Media Baharu