fb fb fb fb fb

Pencemaran Sungai Bukit Selambau, Menteri KASA arah siasatan terperinci

 

 

BUKIT SELAMBAU, 15 Februari- Jabatan Alam Sekitar, JAS Kedah diarah melakukan siasatan terperinci terhadap dakwaan berlaku pencemaran Sungai Bukit Selambau.

Isu berkenaan dibangkitkan oleh orang awam di laman sosial Facebook, hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan ringkas berkata, JAS Kedah akan melakukan siasatan segera berhubung aduan tersebut.

Berdasarkan rakaman video yang tular, air sungai Bukit Selambau telah bertukar warna menjadi kemerah-merahan berbanding biasa.

Perubahan tersebut dikatakan dikesan sejak beberapa hari lalu.

Media Baharu