fb fb fb fb fb

Mitigasi iklim sentiasa dipantau rapi, tiada keperluan isytihar darurat iklim

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Tiada keperluan isytihar darurat iklim di Malaysia buat masa ini.

Namun mitigasi iklim sentiasa dipantau rapi terutama melibatkan peningkatan suhu ketara.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelbagai intervensi jangka panjang dan pendek dilaksana bagi mengurangi impak perubahan iklim global.

"Malaysia beri komitmen kurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca, merentas ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan KDNK pada 2030.. dan berdasarkan tahap pencapaian pada 2005.

"Pengurangan intensi ini dibuat tanpa syarat dan 10 peratus lebih tinggi daripada sasaran sebelum ni,"katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip.

Setakat 6 Julai, 35.38 juta pokok telah ditanam di seluruh negara.


(Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man)

Media Baharu