fb fb fb fb fb

MITI sasar latih 60,000 jurutera, perkukuh ekonomi digital

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata MITI mengambil langkah proaktif untuk mempercepat perindustrian semula negara.

KUALA LUMPUR, 14 September - Malaysia perlu bersedia menghadapi perubahan pasaran kerja global apabila 44 peratus kemahiran teras dijangka berubah menjelang 2030 akibat kemajuan teknologi dan peralihan kepada ekonomi hijau.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata MITI mengambil langkah proaktif melalui dasar seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Strategi Nasional Semikonduktor (NSS) untuk mempercepat perindustrian semula negara serta memperkukuh keupayaan teknologi tempatan.

MITI menyasarkan melatih 60,000 jurutera berkemahiran tinggi dalam industri semikonduktor dan membangunkan Malaysia sebagai Hab Kecerdasan Buatan Generatif menjelang 2030. Peluang pekerjaan dijangka meningkat dalam bidang AI, analitik data dan kejuruteraan mampan, dengan pelbagai agensi menyediakan program latihan khusus.

Beliau menekankan belia perlu menguasai kemahiran teknikal dan insaniah bagi menjayakan transformasi ekonomi, selain memanfaatkan perjanjian perdagangan seperti CPTPP, RCEP dan bakal dimuktamadkan DEFA semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN 2025.

“Masa depan bukan jalan yang kita temui, ia adalah realiti yang anda cipta,” katanya.

Tengku Datuk Seri Zafrul berucap merasmikan Pameran Pemerkasaan Belia 2025 yang bertemakan 'Memperkasakan Belia dalam Tenaga Kerja Digital' di Dewan Tun Hussein Onn, WTCKL. 

TUN JULIA MOHD TAHIR