fb fb fb fb fb

Misi pembangunan belia dan sukan negara, KBS libatkan semua negeri

(Mesyuarat Penyelarasan Exco Belia dan Sukan Negeri di Putrajaya/Fb KBS)

PUTRAJAYA, 17 Januari- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyatakan komitmen penuh melibatkan semua negeri dalam misi pembangunan belia dan sukan di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, berdasarkan objektif itu, KBS telah mengadakan kembali Mesyuarat Penyelarasan Exco Belia dan Sukan Negeri, selepas kali terakhir diadakan pada 2018.

Beliau berkata, menerusi mesyuarat ini, pihak Kementerian akan dapat mengenal pasti isu-isu semasa yang melibatkan golongan belia dan juga arena sukan di peringkat akar umbi.


(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh)

"Kita hendak koordinasi dan kita hendak penyelarasan berlaku. Selain itu, perjumpaan kerap dan saluran komunikasi yang wujud ini merupakan satu manifestasi dan hala tuju kerajaan persekutuan perpaduan, yang jelas mahukan penglibatan kerajaan negeri bagi membangunkan masa depan Malaysia", katanya.

Beliau berkata demikian sebelum mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Exco Belia dan Sukan Negeri di Putrajaya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli serta 13 exco belia dan sukan negeri.

Tambah Hannah, beliau juga mahu Mesyuarat Penyelarasan ini diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Media Baharu