fb fb fb fb fb

Isytihar harta: PM bincang dengan SPRM, tetapkan parameter telus

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA, 17 Januari- Pengisytiharan aset oleh menteri kabinet perlu dibuat dengan bertanggungjawab dan telus bukan hanya sekadar gimik politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan dengan pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat untuk menjadikan proses pengisytiharan itu lebih telus.

“Saya kecewa dengan keadaan kritikal ini. Sekarang melihat angka dalam fail (kewangan), ia mengejutkan saya. Kebanyakan orang tidak memberitahu kebenaran.

“Anda berpuas hati, rakyat berpuas hati, masyarakat awam berpuas hati tetapi ia tidak menggambarkan kekayaan sebenar,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Dialog Belanjawan 2023 di sini.

(FOTO HIASAN)

Justeru, beliau mengajak semua pihak kembali kepada proses yang sebenar supaya apa sahaja yang dilakukan adalah telus dan bukan sekadar gimik politik.

"Marilah kita tukar ke proses sebenar. Keutamaannya adalah untuk memastikan supaya apa sahaja keputusan mereka buat adalah lebih bertanggungjawab, telus dan bukannya gimik politik,” katanya.

Media Baharu