fb fb fb fb fb

Belanjawan 2023: Laksana 185 inisiatif, KUSKOP mohon RM666 juta

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mohon peruntukan RM666 juta menerusi Belanjawan 2023.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata peruntukan tersebut bagi tujuan pelaksanaan lebih 185 inisiatif yang bakal memanfaatkan lebih 500,000 usahawan dan bakal usahawan.

Sesi konsultasi akan dilakukan bersama Kementerian Kewangan, selain pihak berkepentingan dalam masa terdekat untuk memperincikan perkara tersebut.

"Sebanyak 185 program dan projek kita mahu laksanakan untuk usahawan kita dan semua ini bergantung kepada bajet yang kita terima daripada Kementerian Kewangan, yang kita kemukakan sebanyak RM666 juta untuk membiayai program kita", katanya.

Datuk Ewon ditemui pada Majlis Amanat Menteri KUSKOP di ibu negara.

Dalam majlis ini, beliau turut melancarkan Pelan Strategik KUSKOP 2023 bertemakan "Berdaya Maju, Transformatif dan Responsif".


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
Datuk Ewon Benedick)

Media Baharu