fb fb fb fb fb

Misi Kemanusiaan Ramadan bawa sumbangan rakyat Malaysia ke Turki dan Syria

SEPANG, 8 April - Lima sukarelawan dari pertubuhan bukan kerajaan, NGO Malaysia for Syria, MFS berlepas ke Turki dan seterusnya ke Syria bagi misi kemanusiaan bulan Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syahrir Azfar Saleh berharap sumbangan rakyat Malaysia dapat membawa keceriaan di bulan Ramadan khususnya buat anak pelarian Syria.

"Dengan memberikan pengkhususan kepada bantuan bekalan makanan selama sebulan Insya-Allah dan juga makanan iftar kita akan memberikan senyuman kepada anak-anak Syria dengan memberikan hadian baju raya dan duit raya," katanya kepada RTM di KLIA, di sini.

(Syahrir Azfar Saleh)

Tahun ini merupakan tahun ke-10 misi kemanusian Ramadan dan ia dijayakan dengan kerjasama Global Peace Mission Malaysia.

Pihaknya menzahirkan penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada misi tersebut.

"Dalam keadaan negara kita sendiri mempunyai isu dalaman, bencana. Dalam kita menghadapi suasana demikian, rakyat Malaysia masih lagi mempunyai empati dan nilai untuk bersama membantu mereka di luar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.

(Ahmad Fahmi Mohd Samsudin)

Orang ramai boleh menyumbang kepada misi berkenaan di laman jomsedekah.com atau infaksyria.com

Media Baharu