fb fb fb fb fb

Misi diplomatik Malaysia ke Thailand perkukuh hubungan dua hala

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Bangkok, Thailand/foto FB Zahid Hamidi

BANGKOK, 10 Disember - Misi diplomatik Malaysia ke Thailand bermula dengan ketibaan delegasi negara yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam rangka memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama serantau antara kedua-dua negara.

Thailand, yang dikenali sebagai The Land of Smiles, menjadi rakan penting Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan luar bandar, sosial dan ekonomi. Lawatan kerja ini memberi peluang untuk memperluas kerjasama strategik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara jiran.

Sepanjang lawatan kerja ini, Malaysia akan menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-14 (AMRDPE).

Selain itu, delegasi Malaysia turut akan mengadakan sesi pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Thailand.

Malaysia berharap misi diplomatik ini berjalan lancar dan seterusnya membawa hasil positif kepada rakyat serta memperkukuh kedudukan negara dalam kerangka kerjasama ASEAN.

Timbalan Perdana Menteri diiringi pegawai kanan kerajaan dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Luar dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Lawatan kerja mulai Rabu (10 hingga 12 Disember) ini dijangka dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Thailand melalui pengukuhan kerjasama sedia ada, khususnya dalam bidang pembangunan halal, pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI