SHAH ALAM, 2 Januari - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) terus mempergiatkan Misi Bantuan PascaBanjir bagi penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam.
Kali ini kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sampah dijalankan di Pangsapuri Valencia dengan dianggotai lebih 40 sukarelawan daripada pelbagai Badan Bukan kerajaan (NGO).
Ketua Operasi Bantuan PascaBanjir Selangor Swcorp, Hazahar Hashim berkata pihaknya merupakan yang terawal memberi khidmat pembersihan sampah di kawasan kediaman tersebut.
"Di pangsapuri Valencia ini yang terlibat dengan banjir adalah sebanyak 166 unit dimana mempunyai 16 blok dan berjumlah penghuni premis yang berjumlah 2,566 premis yang berada di Pangsapuri Valencia ini. Dan dalam usaha atau inisiatif untuk membersihkan kawasan ini pihak SWCorp bersama dengan pihak Alam Flora telah menempatkan sebanyak 28 buah roro" Kata Hazahar Hashim di sini.