fb fb fb fb fb

Hebahan awal kepada penduduk, antara strategi kesiap siagaan banjir di kawasan berisiko



HULU TERENGGANU, 2 Januari
- Lebih 300 anggota dan pegawai Polis Hulu Terengganu dan agensi pengurusan bencana bergerak secara bersepadu bagi meninjau kawasan berisiko banjir di daerah itu.

Agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, kesiap siagaan itu meliputi pemantauan secara berterusan dan hebahan kepada penduduk supaya sentiasa berwaspada dengan amaran banjir.

Beliau berkata, orang ramai perlu segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) jika diarah berbuat demikian.

Pihaknya turut mengambil pendekatan menasihati kanak-kanak agar tidak menjadikan banjir sebagai pesta air.

"untuk daerah Hulu Terengganu, dari segi logistik kita bergabung secara bersama setiap logistik yang kita ada termasuk bantuan pihak NGO, swasta dan syarikat yang ada keperluan logistik di daerah ini telah kita senaraikan dan semua ini telah siap sedia untu digerakkan pada bila-bila masa", katanya ketika membuat pemantauan banjir di Kampung Nibong, di sini.

Kebiasaannya kampung tersebut dan kawasan sekitar akan dinaiki air akibat limpahan air Sungai Telemong sekiranya hujan lebat berterusan.

Media Baharu