fb fb fb fb fb

Mimi Nursyafiqah ditemui selamat

Foto Polis

KOTA BHARU, 14 Oktober -Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang hampir seminggu lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan telah dijumpai semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan berkata, Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam ditemui dalam keadaan selamat.

Menurut beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menerima laporan polis daripada ahli keluarga pada pukul 10.12 malam tadi yang memaklumkan remaja itu dijumpai semula.

"Menurut keluarganya, remaja berkenaan berada dalam keadaan baik dan selamat," menurutnya menerusi kenyataan itu.

Terdahulu media melaporkan, Polis Kelantan memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh pada 8 Oktober lalu.

TETITIA YUSOFF