fb fb fb fb fb

MIHAS@Dubai 2024 langkah strategik teroka Asia Barat, Afrika Utara

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan MIHAS@Dubai 2024 di Pusat Dagangan Dunia Dubai

DUBAI, 18 November- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) @ Dubai 2024 julung kali diadakan di luar negara langkah strategik untuk memanfaatkan peranan bandar itu sebagai hab perdagangan di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu susulan kejayaan 20 edisi terdahulu di ibu negara.

Pengembangan acara itu ke luar negara sekali gus mencerminkan visi negara dalam mengantarabangsakan industri halal.

MIHAS memainkan peranan penting dalam meneroka pasaran baharu dan menyumbang kepada eksport halal negara, yang berjumlah AS$12.5 bilion tahun lalu.

"Secara signifikan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) muncul sebagai destinasi terbesar untuk produk halal Malaysia dalam kalangan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) 5, dengan import bernilai AS$256 juta.

"Hubungan perdagangan kukuh di antara Malaysia dan UAE menekankan permintaan dan kepercayaan tinggi terhadp produk halal premium Malaysia di rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pameran itu di Pusat Dagangan Dunia Dubai, di sini.

MIHAS@Dubai 2024 merupakan platform untuk membina perkongsian berkekalan selain berperanan sebagai pameran perdagangan.

Penganjuran julung kali selama tiga hari yang berakhir pada Rabu itu, menetapkan sasaran jualan eksport berjumlah RM1 billion.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI