fb fb fb fb fb

Lebih 180 RPP disediakan untuk penjawat awam, pesara

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 November- Lebih 180 unit pelbagai jenis Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) kini tersedia untuk penjawat awam dan pesara kerajaan pada kadar yang lebih rendah.

Menurut Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri, Mohd Iqbal Mohd Noor, kemudahan itu memberikan peluang kepada golongan tersebut untuk bercuti dengan kos lebih ekonomik.

"Kadar yang ditawarkan bermula dari RM80 hingga RM200, bergantung kepada jenis unit.

"Saya menyarankan penjawat awam memanfaatkan kemudahan ini, terutama pada waktu luar puncak kerana cabaran utama adalah mendapatkan tempahan hujung minggu yang sering penuh,” katanya kepada pemberita di sini.

Ketika ini, RPP beroperasi di lapan lokasi dalam negara, termasuk destinasi popular seperti Pulau Pangkor, Cameron Highlands, Port Dickson, dan Tasik Kenyir.

Selain itu, dua lokasi luar negara turut disediakan, iaitu di Singapura dan London.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM