fb fb fb fb fb

Michelle Yeoh pelakon pertama Malaysia menang Oskar

KUALA LUMPUR, 13 Mac- "Beliau selayaknya menang," demikian reaksi ringkas, ibu Tan Sri Michelle Yeoh, Janet yang dilihat mengalirkan air mata, ketika anaknya dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oskar) ke-95.

Selain pelakon Malaysia dan Asia Tenggara pertama memenangi Oskar, anak jati Ipoh itu juga pelakon wanita Asia pertama memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik anugerah berprestij itu.

Janet menyifatkan anaknya, seorang yang bekerja kuat.

"Sebab dia seorang gadis yang sangat rajin, awak tahu. Semua orang tahu," kata Janet kepada media di sini.

(Michelle Yeoh pelakon pertama Malaysia menang OSCAR)

Filem drama komedi 'Everything Everywhere All at Once' yang dibintangi Michelle turut diangkat sebagai Filem Terbaik.

Kejayaan di pentas Oskar, menambah trofi kemenangannya untuk filem sama selepas memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Muzikal dan Komedi pada Anugerah Golden Globe, Januari lalu.

Filem itu turut mengangkat beliau sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Screen Actors Guild (SAG) pada awal Februari dan yang terbaharu SpIRIT Awards untuk lakonan terbaik.

Media Baharu