fb fb fb fb fb

MIASA sedia bantuan sokongan, elak kes bunuh diri

KUALA LUMPUR, 10 September- Satu pertiga daripada 25,000 pesakit mental yang mendapat bantuan di Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), tahun ini mempunyai niat untuk membunuh diri.

Presidennya, Anita Abu Bakar berkata faktor 'pasca covid' seperti hilang pekerjaan dan kehilangan orang yang tersayang, menjadi penyumbang utama kepada masalah itu.

Justeru, MIASA sentiasa melakukan langkah proaktif termasuk aktiviti turun padang.

Ia bagi membentuk kesedaran mengenai kesihatan mental terhadap orang awam.

"Jadi perkhidmatan di komuniti itu yang kurang sebenarnya, di MIASA kita menyediakan sokongan Peer, Peer adalah individu yang berjuang dengan penyakit mental.

"Jadi kita menyediakan sokongan secara berkumpulan, kita ada kaunseling, terapi rohani, seni, drama, menari, apa saja yang individu perlukan sebab individu berbeza dan kemudian kita juga sediakan sokongan pekerjaan," katanya.

(Anita Abu Bakar)

Beliau menyatakan demikian sebelum sesi 'Flag off Ride for Suicide Awareness 2022', di sini.

Konvoi melibatkan 120 buah motosikal berkuasa tinggi dan 15 buah kenderaan ke Pulau Pinang bagi menyebar kesedaran mengenai penyakit mental dan bunuh diri.

Media Baharu