fb fb fb fb fb

'Lupa perbaharui dokumen', alasan kerap pengguna jalan raya - JPJ

KUALA LUMPUR, 10 September- Tiada lesen memandu, cukai jalan dan insurans tamat tempoh terus menjadi kesalahan terbesar dalam Ops Sepadu, dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan.

Pengarahnya, Mohd Zaki Ismail berkata daripada keseluruhan 312 notis dikeluarkan, 213 adalah bagi kesalahan tersebut.

Jelas beliau, terlupa untuk memperbaharui dokumen menjadi alasan utama pengguna jalan raya.

"Ada juga yang memberi alasan bahawa dia tidak sedar sebab perbaharui dalam tempoh yang panjang contohnya tempoh 5 tahun, jadi dalam tempoh 5 tahun itu tidak sedar lesen telah tamat tempoh.

"Saya suka ingatkan apabila kita berada atas jalan raya dokumen penting untuk berada dengan kita, selain kad pengenalan, dan dokumen pengenalan diri, lesen memandulah," katanya.

(Mohd Zaki Ismail)

Beliau menyatakan demikian selepas Ops Sepadu JPJ Wilayah Persekutuan, di sini malam tadi.

Operasi turut dijalankan bersama beberapa agensi antaranya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta Jabatan Imegresen Malaysia.

Penggunaan cermin gelap, nombor pendaftaran tidak mengikut spesikasi dan penggunaan lampu HID antara kesalahan lain yang dikesan.

Media Baharu