fb fb fb fb fb

PM umum kenaikan ESH pelajar tajaan MARA

(FOTO BERNAMA)

BANGI, 10 September- Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar dalam dan luar negara tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dinaikkan berkuat kuasa serta merta.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagi pelajar dalam negara, ESH dinaikkan minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan.

Manakala penuntut luar negara pula, ESH dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sehingga maksimum RM7,600 sebulan.

"Pelaksanaan kadar ESH baharu bagi pelajar dalam negara dinaikkan minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan bagi bidang pengajian bermula daripada peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah dan profesional.

"Bagi pelajar luar negara pula, ESH dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan sehingga maksimum RM7,600 sebulan bermula daripada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga peringkat Doktor Falsafah dan peringkat profesional," katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan pada
Program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia di Bangi hari ini/BERNAMA)

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia, di sini hari ini.

Program dihadiri hampir 3,000 pelajar tajaan MARA secara fizikal dan ribuan lagi pelajar yang mengikutinya secara dalam talian.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Media Baharu