fb fb fb fb fb

Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN Ke-33 landasan terokai keindahan Sarawak

FOTO UKAS

KUCHING, 23 April- Mesyuarat di Bumi Kenyalang diharapkan dapat menjadi platform untuk menerokai keindahan Sarawak, termasuk budaya, alam semula jadi dan industri makanan yang semakin berkembang.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata Sarawak menawarkan pelbagai tarikan bukan sahaja dari segi budaya dan alam semula jadi, tetapi juga sebagai sebuah hub gastronomi yang semakin dikenali.

"Selain itu, Kuching juga telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Bandar Kreatif Gastronomi pertama di Malaysia," kata beliau sambil menambah ia memberikan nilai tambahan kepada lawatan delegasi ASEAN ke negeri ini sebagai promosi percuma untuk keindahan dan keunikan Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN Ke-33, yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuching malam ini.

Seramai 250 delegasi dari 10 negara ASEAN menghadiri majlis tersebut, yang turut menjadi peluang untuk mempromosikan Sarawak di pentas antarabangsa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE