fb fb fb fb fb

Mesyuarat khas Biro Politik PKR akhir bulan ini, tumpu PRU DUN Sabah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim./Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 24 Mei -Satu mesyuarat khas akan diadakan bagi membincangkan Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah, pada minggu hadapan. 

Perdana  Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata gerak kerja bagi menghadapi PRN akan dimulakan segera selepas Kongres Nasional PKR berakhir hari ini.   

"Dalam sehari dua hari sebaik sahaja selesai ASEAN  dan JCC dari negara China mungkin dalam 29hb, kita ada mesyuarat khas biro politik untuk merangka program pilihan raya Sabah dan saya beri jaminan kepada saudara-saudara sabah, Keadilan PH harus mendapat kerusi yang munasabah,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Penggulungan Kongres Nasional PKR  di Persada Johor, Johor Bahru. 

Dalam ucapan sama, Perdana Menteri turut menegaskan pendirian malaysia dalam memperjuangkan keadilan menentang sebarang bentuk penjajahan.

Ia termasuklah penjajahan rejim zionis di Gaza yang telah mengorbankan banyak nyawa rakyat palestin khususnya golongan wanita dan kanak-kanak.

MOHAN CHINNASAMY