fb fb fb fb fb

Mesyuarat khas, bincang basmi miskin tegar dilaksana- Rafizi

(Menteri Ekonomi Rafizi Ramli)

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Mesyuarat khusus akan dilaksana bagi membincangkan langkah terbaik membasmi kemiskinan tegar seluruh negara.

Ia melibatkan wakil pemimpin di 20 daerah termiskin daripada negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, perkara itu memerlukan kerjasama komprehensif semua pihak bagi memastikan isu kemiskinan dapat diatasi dengan lebih berkesan.

"Pemimpin daripada 20 daerah termiskin di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kedah akan dipanggil untuk duduk berbincang dengan saya supaya mereka membantu keluarga-keluarga ini untuk mengambil peluang dari segi peruntukan dan potensi yang telah disediakan oleh kerajaan dan jangan hanya bising di TikTok.

"Tetapi usahakan untuk mengenal pasti, bawa mereka (miskin tegar) dan bekerjasama dengan kerajaan untuk kita sama-sama membasmi kemiskinan,"katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer.

Tambahnya, pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) setakat ini kurang mendapat sambutan di negeri-negeri berkenaan.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu