fb fb fb fb fb

Mesir sedang berusaha untuk capai gencatan senjata di Gaza

Kanak-kanak adalah golongan paling terkesan akibat serangan Israel sejak Oktober tahun lalu / FOTO AFP

DUBAI, 15 Mac- Mesir sedang berusaha untuk mencapai perjanjian untuk gencatan senjata di Gaza, meningkatkan kemasukan bantuan dan membenarkan orang yang berpindah di selatan enklaf itu berpindah ke utara.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Abdel Fattah al-Sisi pada Jumaat.

Sisi juga memberi amaran terhadap bahaya pencerobohan Israel ke bandar Rafah, di mana dianggarkan 1.5 juta orang telah mencari perlindungan di sebelah sempadan Gaza dengan Mesir.

Pegawai bantuan telah memberi amaran tentang kebuluran yang semakin meruncing di kawasan pesisir pantai.

"Kami bercakap tentang mencapai gencatan senjata di Gaza, bermakna gencatan senjata, menyediakan jumlah bantuan terbesar," kata Sisi dalam mesej yang dirakam semasa lawatan ke akademi tentera.

"Ini termasuk mengekang dan membenarkan penduduk di tengah dan selatan bergerak ke arah utara, dengan amaran yang sangat kuat terhadap pencerobohan ke Rafah", katanya.

Mesir, yang bimbang akan pemindahan penduduk Palestin yang bersesak-sesak berhampiran sempadannya, telah cuba, bersama Qatar dan Amerika Syarikat, untuk menjadi pengantara antara Israel dan Hamas dalam mencapai persetujuan bagi gencatan senjata.

Pada Khamis, Menteri Luar Mesir menyeru Israel untuk membuka lintasan darat dengan Gaza untuk membolehkan lebih banyak bantuan dibawa masuk.

Setakat ini, seramai lebih 31,000 telah terkorban di Gaza dan kebanyakannya adalah kanak-kanak.

Serangan bersifat pengecut oleh negara haram Israel itu juga menyebabkan ribuan penduduk Gaza hilang tempat tinggal.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE