(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 4 April- Dana bantuan kemanusiaan Mercy Malaysia bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria setakat ini telah mencapai RM6 juta daripada RM22 juta yang disasar.
Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata dana tersebut akan disalurkan untuk fasa kecemasan dan pemulihan negara itu.
"Setakat ini, Mercy Malaysia juga telah berjaya mengumpul sumbangan kira-kira RM1.3 juta daripada orang awam.
"Mercy Malaysia berharap jumlah berkenaan akan dapat ditingkatkan lagi,"katanya kepada pemberita di sini.
(Foto BERNAMA)