fb fb fb fb fb

Inisiatif Johor Conversations dapat tangani isu banjir

(Foto BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 4 April- Libat urus antara pembuat polisi, ahli akademik, pemain industri terkemuka dan pemaju teknologi penting bagi mengatasi isu banjir di Johor.

Pelan utama jangka masa panjang, bersifat komprehensif, holisitik, dan inklusif juga diperlukan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor, K. Raven Kumar berkata hasrat tersebut dapat dizahirkan menerusi inisiatif Johor Conversations yang akan menjana penyelesaian isu kritikal seperti banjir.

Inisiatif anjuran Johor Corporation (Jcorp) dan GovInsider itu juga dapat menyelesaikan isu sekuriti makanan yang merupakan salah satu komitmen utama kerajaan Johor.

"Krisis makanan global, diikuti isu makanan domestik baru-baru ini membuatkan kerajaan Johor menyedari kepentingan menghasilkan rantaian makanan berskala besar bagi memenuhi kehendak rakyat Johor. Trend penghasilan makanan tidak stabil dalam kalangan negara pengeksport mendorong Johor mengambil langkah lebih berstruktur dengan menubuhkan sistem penghasilan makanan mampan dan berdikari," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu